Proses Kehidupan Manusia & Haiwan
Unit 2-Tajuk 9:Kitaran Hidup Haiwan
Kebanyakan anak haiwantidak menyerupai induknya.Anak haiwan itu melalui beberapa perubahan sebelum menyerupai induknya.
Contoh-contoh:
Kitaran Hidup Rama-rama:Telur>Larva>Pupa>Rama-rama
Kitaran Hidup Katak:Telur>Berudu>Anak katak>Katak
Haiwan melalui kitaran hidup yang berbeza.Ada anak haiwan yang menyerupai haiwan dewasa seperti hamster dan anak ayam.
Kitaran Hidup Ayam:Telur>Anak ayam>Ayam

Unit 2-Tajuk 7:Haiwan Bernafas
Haiwan perlu bernafas untuk terus hidup.Setiap jenis haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza.
Contoh:
Paru-paru:Orang utan & katak
Struktur trakea:Belalang
Insang:Ikan &ketam
Kulit lembap:Katak

Proses Kehidupan Haiwan:
Haiwan melahirkan anak/bertelur, bernafas, berkumuh dan bernyahtinja.

Unit 2-Tajuk 3:Manusia Bertindak Balas Terhadap Rangsangan.
Objek panas atau duri merupakan contoh-contoh rangsangan.Tindakan menarik tangan dengan serta-merta untuk menjauhi rangsangan dikenali sebagai tindak balas.
Unit 2-Tajuk 4:Manusia Membiak
Manusia membiak dengan melahirkan anak.Proses ini berlaku secara berterusan dari satu generasi ke satu generasi.Apabila membiak, bilangan mereka akan bertambah.
Unit 2-Tajuk 5:Jauhi Tabiat Buruk
Tabiat buruk seperti merokok, menyalahgunakan dadah dan minum arak boleh mengganggu proses kehidupan manusia.
Bahan berbahaya dalam rokok boleh merosakkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik.
Arak memberikan kesan kepada penumpuan pemandu.Keadaan ini melambatkan tindak balas pemandu terhadap rangsangan.
Penyalahgunaan dadah boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan ketagihan.

Unit 2-Tajuk 1:Manusia Berkumuh Dan Bernyahtinja
Manusia berkumuh dan bernyahtinja bagi menyingkirkan bahan buangan daripada badan.Kita berkumuh dengan mengeluarkan air melalui air kencing dan peluh.Kita bernyahtinja dengan mengkirkan makanan yang tidak dihadam iaitu tinja.Bahan buangan perlu disingkirkan daripada badan agar tidak membahayakan kesihatan kita.

Unit 2-Tajuk 1:Manusia Bernafas.
Apabila kita bernafas, kita menyedut udara masuk dan menghembuskan udara ke luar.Dada kita bergerak ke atas dan ke bawah.Bilangan pergerakan dada ke atas dan ke bawah dalam satu tempoh masa merupakan kadar pernafasan kita.
Semasa menarik nafas, dada kita akan naik ke atas dan ke hadapan dan menyebabkan bahagian dada mengembang.Proses ini menyebabkan udara disedut melalui hidung dan bergerak melalui salur udara ke dalam paru-paru.Udara yang disedut masuk ini mengandungi lebih banyak Oksigen.
Semasa menghembuskan nafas, dada akan turun ke bawah dan ke dalam menyebabkan dada mengecut.Proses ini menyebabkan udara yang terdapat di dalam paru-paru ditolak ke luar dari paru-paru melalui salur melalui salur udara dan hidung.Udara ini mengandungi lebih banyak Karbon Dioksida.
Proses Kehidupan Manusia:
Manusia melahirkan anak, bernafas, berkumuh, bernyahtinja, bertindak balas terhadap rangsangan.Manusia perlu menjauhi tabiat buruk.
No comments:
Post a Comment