Tuesday, 27 March 2012

Biodata saya

Nama:Amir Mursyid bin Huzaidi
Tarikh lahir:14/7/2002
Tinggi:123 cm
Berat:25 kg
Hobi:Berbasikal & bermain permainan komputer.
Cita-cita:Doktor
Mata pelajaran kegemaran:BM, BI, Sains & Matematik.
Kelab/Permainan/Unit Beruniform:Kelab Pusat Sumber Sekolah, olahraga & Persatuan Bulan Sabit Merah.
Harapan saya:Dapat mencapai cita-cita, berbakti kepada keluarga, agama, bangsa & negara.
Cara saya memajukan diri:
a.Belajar bersungguh-sungguh.
b.Aktif dalam Kelab Pusat Sumber.
c.Sentiasa bersedia mempelajari sesuatu yang baru.

Sunday, 11 March 2012

Cara-cara untuk mengingati sesuatu nota.

Adakah anda selalu lupa sesuatu nota?Jangan risau.Pada masa inilah untuk saya memberikan tips untuk anda.

Cara-cara untuk mengingati sesuatu nota:

Jika anda lupa planet apakah yang terdekat dan terjauh dari matahari, inilah kodnya:

Utarid:Ular
Zuhrah:Zaman
Bumi:Batu
Marikh:Makan
Musytari:Mata
Zuhal:Zifarah
Uranus:Untuk
Neptun:Nyamuk

Saturday, 10 March 2012

Bermulanya cuti pertengahan penggal 1

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Iaitu, cuti sekolah!Yeah!Dapat juga rehat yang panjang sepanjang cuti ni.Kalau difikirkan hendak ke kampung halamankuu di Felda Ayer Tawar 5, Kota Tinggi, Johor atau hendak pergi ke ruah mak cikku di Batu Pahat, Johor kerana hendak belajar bagaimana hendak mencantikkan blog ini lagi.

Sampai di sinilah cerita untuk hari ini.Sekian, terima kasih.

Friday, 9 March 2012

Latihan kebakaran

Pada kira-kira pukul 10:50 a.m.Ku ditugaskan oleh guru pusat sumber untuk menjaga kelas 1 Bestari.Pada kira-kira pukul 11:30, ku terdengar bunyi loceng kecemasan.Ku berasa hairan, mengapa ku tidak membau asap yang tebal.Tetapi, ku tetap turun ke padang tempat berkumpul semasa kecemasan.Guruku menyebut nama seorang demi seorang untuk memastikan tiada murid yang tertinggal.Ku berasa pelik kerana tiada api di kawasan sekolah.Guruku cakap sebenarnya bukan kebakaran yang sebenar.Rupanya latihan kebakaran.Ku berasa gembira kerana bukannya ada berlaku kebakran yang sebenar.

Sekian, Terima kasih^_^

Thursday, 8 March 2012

Mendapat kertas Ujian Matematik

 Ku berasa seronok kerana hari ini ku mendapat kertas Ujian PKBS 1 pelajaran Matematik.Ku berasa gementar pada masa itu kerana takut ku gagal dalam mata pelajaran tersebut.Tetapi hasilnya ku mendapat 38 markah untuk Kertas 1 dan 39 markah untuk Kertas 2.Guruku mencampurkan markah tersebut dan menjadi 96%.Ku berasa berpuas hati kerana mendapat markah tertinggi dalam pelajaran Matematik.

Wednesday, 7 March 2012

Kawan baruku

Sejak 4/1/2012, ku belum memberitahu bahawa ku mempunyai 3 orang kawan baru.Ku berasa seronok pada masa itu.

Kawan baruku yang pertama ialah Puteri Adreana.Dia dahulu bersekolah di SK Jaya Setia.

Kawan ku yang kedua pula ialah Mohd. Asyraf.Dia pula dahulu bersekolah di SK Rantau Panjang.Dia dahulu seorang yang beragama Hindu.Dia mula mendapat hidayah dari Allah S.W.T semasa dia berumur 10 tahun.

Kwan yang ketiga pula ialah Aisyah Yasmin.Dia pula pernah bersekolah di SK Puncak Alam 2.Ayahnya bekerja dengan ibuku.Ibuku seorang guru di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor.

Begitulah ceritanya ^_^

Tuesday, 6 March 2012

Proses Kehidupan Manusia & Haiwan


  • Unit 2-Tajuk 9:Kitaran Hidup Haiwan

    Kebanyakan anak haiwantidak menyerupai induknya.Anak haiwan itu melalui beberapa perubahan sebelum menyerupai induknya.

    Contoh-contoh:

    Kitaran Hidup Rama-rama:Telur>Larva>Pupa>Rama-rama

    Kitaran Hidup Katak:Telur>Berudu>Anak katak>Katak

    Haiwan melalui kitaran hidup yang berbeza.Ada anak haiwan yang menyerupai haiwan dewasa seperti hamster dan anak ayam.

    Kitaran Hidup Ayam:Telur>Anak ayam>Ayam
     ·  ·  · a few seconds ago
  • Unit 2-Tajuk 7:Haiwan Bernafas

    Haiwan perlu bernafas untuk terus hidup.Setiap jenis haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza.

    Contoh:

    Paru-paru:Orang utan & katak

    Struktur trakea:Belalang

    Insang:Ikan &ketam

    Kulit lembap:Katak
     ·  ·  · 7 minutes ago near Rawang
  • Proses Kehidupan Haiwan:

    Haiwan melahirkan anak/bertelur, bernafas, berkumuh dan bernyahtinja.
     ·  ·  · 7 minutes ago near Rawang
  • Unit 2-Tajuk 3:Manusia Bertindak Balas Terhadap Rangsangan.

    Objek panas atau duri merupakan contoh-contoh rangsangan.Tindakan menarik tangan dengan serta-merta untuk menjauhi rangsangan dikenali sebagai tindak balas.

    Unit 2-Tajuk 4:Manusia Membiak

    Manusia membiak dengan melahirkan anak.Proses ini berlaku secara berterusan dari satu generasi ke satu generasi.Apabila membiak, bilangan mereka akan bertambah.

    Unit 2-Tajuk 5:Jauhi Tabiat Buruk

    Tabiat buruk seperti merokok, menyalahgunakan dadah dan minum arak boleh mengganggu proses kehidupan manusia.

    Bahan berbahaya dalam rokok boleh merosakkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan baik.

    Arak memberikan kesan kepada penumpuan pemandu.Keadaan ini melambatkan tindak balas pemandu terhadap rangsangan.

    Penyalahgunaan dadah boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan ketagihan.
     ·  ·  · 8 minutes ago near Rawang
  • Unit 2-Tajuk 1:Manusia Berkumuh Dan Bernyahtinja

    Manusia berkumuh dan bernyahtinja bagi menyingkirkan bahan buangan daripada badan.Kita berkumuh dengan mengeluarkan air melalui air kencing dan peluh.Kita bernyahtinja dengan mengkirkan makanan yang tidak dihadam iaitu tinja.Bahan buangan perlu disingkirkan daripada badan agar tidak membahayakan kesihatan kita.
     ·  ·  · 41 minutes ago near Rawang
  • Unit 2-Tajuk 1:Manusia Bernafas.

    Apabila kita bernafas, kita menyedut udara masuk dan menghembuskan udara ke luar.Dada kita bergerak ke atas dan ke bawah.Bilangan pergerakan dada ke atas dan ke bawah dalam satu tempoh masa merupakan kadar pernafasan kita.

    Semasa menarik nafas, dada kita akan naik ke atas dan ke hadapan dan menyebabkan bahagian dada mengembang.Proses ini menyebabkan udara disedut melalui hidung dan bergerak melalui salur udara ke dalam paru-paru.Udara yang disedut masuk ini mengandungi lebih banyak Oksigen.

    Semasa menghembuskan nafas, dada akan turun ke bawah dan ke dalam menyebabkan dada mengecut.Proses ini menyebabkan udara yang terdapat di dalam paru-paru ditolak ke luar dari paru-paru melalui salur melalui salur udara dan hidung.Udara ini mengandungi lebih banyak Karbon Dioksida.

    Proses Kehidupan Manusia:
    Manusia melahirkan anak, bernafas, berkumuh, bernyahtinja, bertindak balas terhadap rangsangan.Manusia perlu menjauhi tabiat buruk.