Monday, 26 December 2011
Sunday, 25 December 2011
Tahun 2011 akan tamat.
Hari ini ialah 26/12/2011.Nampaknya tahun 2011 akan berakhir dalam masa 5 hari lagi.Ku berasa gembira kerana ku akan berjumpa kawan-kawanku di sekolah.Bagi yang belum membeli barang persediaan sebelum sekolah, belilah dengan segera.Bagi yang seronok dengan laman sesawang Facebook, ingatlah bahawa alam persekolahan akan bermula semula( bagi yang masih sekolah rendah & menengah sahaja).Sampai di sinilah ceritaku.Lain kali ku akan tulis lagi pada tahun 2012.Sekian terima kasih.
Friday, 16 December 2011
Resepi ayam masak merah
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam(terpulanglah nak pilih ayam atau peha ayam)
Garam & kunyit
1/2 ulas bawang besar(dihiris bulat)
10 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
1 inci halia(dikisar)
2 batang serai(diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam(terpulanglah nak pilih ayam atau peha ayam)
Garam & kunyit
1/2 ulas bawang besar(dihiris bulat)
10 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
1 inci halia(dikisar)
2 batang serai(diketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dihiris)
1/2 cawan sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
- Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
- Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.(Tapi tak tahulah macam mana rupa pecah minyak tu.Sebab resepi ni dapat dari blog lain.)
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
- Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
=Inilah hasilnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)