Monday, 30 April 2012

Sejarah Hari Pekerja

Adakah anda tahu 1 Mei ialah Hari Pekerja.Tetapi adakah anda tahu sejarahnya.Mari kita lihat:

   Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh. [1]
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.

Saturday, 21 April 2012

Bagi orang yang suka sangat lagu ni jangan baca.

Ku susuri petang ini.
Yang tidak berbintang hiruk-pikuk.
Juga matahari dah menghilang.
Dalam kelam ku sendiri.

Ku mencari hembus bayu.
Yang selalu berbisik mudah marah.
Kini membising dalam rayu.
Ku temu suaramu.

Kekasihku di jalanan yang berbelok.
Di saat ku perlu atuk.
Tertutup jua jeriji tingkap atukku.
Di sini ku terbatuk batuk.

Setelah atuk pergi.
Musnahlah kampung ini di sini.
Kisah ini benar jadi.

Kekasihku di jalanan yang berbelok.
Di saat ku perlu atuk.
Tertutup jua jeriji tingkap atukku.
Di sini ku terbatuk-batuk.

Setelah atuk pergi.
Musnahlah kampung ini.
Di sini.

Kisah ini.
Benar jadi.
Benar jadi.
ooo....

Sia-sia ku.              }
Kawan denganmu.  }
Terpakasa aku.      }  
Tinggalkan kau.     }
                             } (2x)
Sebak dadaku.      }
Hancur hatiku.       }
Luka jariku.           }
Dihiris nipis-nipis.  }

Beribu salad....Sedap.

Tuesday, 27 March 2012

Biodata saya

Nama:Amir Mursyid bin Huzaidi
Tarikh lahir:14/7/2002
Tinggi:123 cm
Berat:25 kg
Hobi:Berbasikal & bermain permainan komputer.
Cita-cita:Doktor
Mata pelajaran kegemaran:BM, BI, Sains & Matematik.
Kelab/Permainan/Unit Beruniform:Kelab Pusat Sumber Sekolah, olahraga & Persatuan Bulan Sabit Merah.
Harapan saya:Dapat mencapai cita-cita, berbakti kepada keluarga, agama, bangsa & negara.
Cara saya memajukan diri:
a.Belajar bersungguh-sungguh.
b.Aktif dalam Kelab Pusat Sumber.
c.Sentiasa bersedia mempelajari sesuatu yang baru.

Sunday, 11 March 2012

Cara-cara untuk mengingati sesuatu nota.

Adakah anda selalu lupa sesuatu nota?Jangan risau.Pada masa inilah untuk saya memberikan tips untuk anda.

Cara-cara untuk mengingati sesuatu nota:

Jika anda lupa planet apakah yang terdekat dan terjauh dari matahari, inilah kodnya:

Utarid:Ular
Zuhrah:Zaman
Bumi:Batu
Marikh:Makan
Musytari:Mata
Zuhal:Zifarah
Uranus:Untuk
Neptun:Nyamuk

Saturday, 10 March 2012

Bermulanya cuti pertengahan penggal 1

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Iaitu, cuti sekolah!Yeah!Dapat juga rehat yang panjang sepanjang cuti ni.Kalau difikirkan hendak ke kampung halamankuu di Felda Ayer Tawar 5, Kota Tinggi, Johor atau hendak pergi ke ruah mak cikku di Batu Pahat, Johor kerana hendak belajar bagaimana hendak mencantikkan blog ini lagi.

Sampai di sinilah cerita untuk hari ini.Sekian, terima kasih.

Friday, 9 March 2012

Latihan kebakaran

Pada kira-kira pukul 10:50 a.m.Ku ditugaskan oleh guru pusat sumber untuk menjaga kelas 1 Bestari.Pada kira-kira pukul 11:30, ku terdengar bunyi loceng kecemasan.Ku berasa hairan, mengapa ku tidak membau asap yang tebal.Tetapi, ku tetap turun ke padang tempat berkumpul semasa kecemasan.Guruku menyebut nama seorang demi seorang untuk memastikan tiada murid yang tertinggal.Ku berasa pelik kerana tiada api di kawasan sekolah.Guruku cakap sebenarnya bukan kebakaran yang sebenar.Rupanya latihan kebakaran.Ku berasa gembira kerana bukannya ada berlaku kebakran yang sebenar.

Sekian, Terima kasih^_^

Thursday, 8 March 2012

Mendapat kertas Ujian Matematik

 Ku berasa seronok kerana hari ini ku mendapat kertas Ujian PKBS 1 pelajaran Matematik.Ku berasa gementar pada masa itu kerana takut ku gagal dalam mata pelajaran tersebut.Tetapi hasilnya ku mendapat 38 markah untuk Kertas 1 dan 39 markah untuk Kertas 2.Guruku mencampurkan markah tersebut dan menjadi 96%.Ku berasa berpuas hati kerana mendapat markah tertinggi dalam pelajaran Matematik.